Jamu selera di 'pasar ikan' (Berita Harian) ~ Juices and Food

AD (728x90)

Senin, 10 Mei 2010

Jamu selera di 'pasar ikan' (Berita Harian)

Share it Please
Mudah cetak
E-mel

2 Mei 2010

EKSTRA!

Jamu selera di 'pasar ikan'

Isu: Peluang nikmati aneka makanan laut lebih luas di sini

APAKAH ada pasar di sini yang menyediakan pelbagai jenis ikan yang sudah siap dimasak?

Saya yakin, ramai daripada anda akan menjawab tidak ada. Hmm... anda silap.

Jika tidak percaya, yuk ikut saya ke pasar ikan Manhattan atau lebih dikenali sebagai Manhattan Fish Market.

Manhattan Fish Market iaitu rangkaian restoran makanan Barat, seperti lain-lain restoran makanan yang sama, ingin pelanggan Melayu menikmati hidangan dari restoran ini tanpa rasa waswas.

Jadi, ia mendapatkan sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Dengan hanya dua cawangan pada 2005, ia membuka enam lagi cawangan dalam 2009. Sejak Februari lalu, semua lapan cawangan itu telah mendapat sijil halal Muis.

Saya sempat ke cawangan restoran itu di Iluma @ Bugis yang terletak di Victoria Street. Restoran di Tingkat 4 ini luas dan penggunaan dua jenis tempat duduk iaitu meja makan biasa dan kerusi sofa berwarna oren kemerah-merahan dengan meja rendah menggabungkan suasana formal dan santai.

Selain pilihan hidangan dari menu ala-carte, terdapat juga menu hidangan set yang lebih menjimatkan.

Saya dapati hidangan pembuka selera di restoran ini kebanyakannya menggunakan krim. Jadi jika anda yang prihatin terhadap kesihatan dan berat badan, emm ... ini adalah satu dugaan besar.

Dua jenis sup - sup makanan laut berkrim dan sup asparagus krim chowder - boleh dijadikan hidangan ringan sebelum memakan makanan yang lebih berat.

Antara kedua-dua jenis sup ini, saya rasa sup makanan laut lebih enak.

Berwarna kemerah-merahan, rasa sup lemak kerana kegunaan krim dengan sedikit rasa masam dari buah tomato yang digunakan sebagai bahan asas. Teksturnya sederhana pekat. Makanan laut yang dimasukkan dalam sup ini ialah udang.

Jika anda lebih suka makan cemil-cemilan sebelum makanan utama, dua pilihan yang agak unik yang disediakan ialah ikan bilis segar digoreng berendam minyak dan cendawan butang yang digoreng.

Ikan bilis ini diselaputi bater, digoreng sehingga garing dan dihidangkan di atas coleslaw.

Seperti semua makanan bergoreng, selepas beberapa minit ia menjadi lembik. Itu tanggapan saya.

Namun, tanggapan saya silap. Ikan bilis goreng itu masih tetap garing walaupun setelah setengah jam terhidang di atas meja.

Jenis cendawan yang digunakan untuk cendawan goreng pula adalah cendawan butang segar yang berwarna coklat.

Sebagaimana ikan bilis, cendawan ini juga dicelup dengan bater yang sama dan digoreng berendam.

Apabila anda menggigitnya, terasa jus cendawan yang boleh disalah anggap sebagai minyak yang menyerap dalam cendawan.

Tetapi jangan terkejut dengan harga cemil-cemilan ini iaitu $5.90 untuk ikan bilis dan $9.90 untuk lima atau enam ketul cendawan.

Kalau hanya dua jenis cemilan sebagai pembuka selera sudah berharga $15.80, berapa agaknya jumlah harga makanan utama?

Saya disyorkan mencuba hidangan Red Hot Whole Fish ($18.90) iaitu ikan digoreng berendam dan dilumur sambal.

Apabila hidangannya tiba di meja, saya terperanjat melihat bahagian atas ikan gelap seperti hangus.

Tanggapan saya silap lagi. Rupanya yang 'hangus' itu adalah sambal yang dipupukkan di atas ikan.

Ia tidak menyelerakan dan rasa sambal memang agak hangus kerana dimasak terlalu lama sehingga warnanya berubah menjadi gelap.

Bagaimanapun, hidangan Baked Fish with Garden Herbs ($14.90) adalah lebih baik dari segi rasa. Ikan ini dibakar dan disaluti dengan sos berkrim campuran daun pudina dan dimakan dengan nasi mentega.

Yang berbaloi untuk ditempah ialah Seafood Platter untuk dua atau empat orang.

Hidangan untuk dua orang yang berharga $33.90 ini terdiri daripada makanan laut seperti ikan, sotong, kupang dan udang yang disira sos mayones dengan campuran sedikit gula.

Apabila hidangan ini dihidangkan, sos mayones ini 'dibakar' beberapa saat untuk mendapatkan tekstur karamel seperti hidangan crème brulee. Rasa mayones ini memang enak apabila dimakan dengan makanan laut yang disertakan termasuk nasi mentega.

Setelah memakan makanan berat, rasanya tidak lengkap jika tidak disertakan dengan pencuci mulut.

Saya syorkan anda mencuba Aiskrim Mud Pai yang seakan-akan brownie tetapi berinti aiskrim ataupun kek Tiramisu yang mempunyai gabungan krim dan perisa kopi.

Keseluruhannya, makanan dari restoran Manhattan Fish Market ini agak mahal dan seperti semua restoran lain, ada hidangan enak dan ada juga yang kurang memuaskan.



Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 komentar:

Posting Komentar

© 2013 Juices and Food. All rights resevered. Designed by Templateism